Ahad, Januari 17, 2016

Syatilla Melvin Janji Berikan Sam Anak Ramai Macam Pasukan Bola Sepak


Anak tu rezeki daripada Allah. Sado macam mana pun lelakinya, subur tahap dewa pun perempuannya, kalau Tuhan kata tak dianugerahkan rezeki anak, takkan berisi juga. Bukanlah nak doakan benda yang tak baik. Cuma bagi Muz benda-benda macam ni biar wartawan tanya sekalipun tak payah nak hebohlah.


Ini belum nikah pun lagi nak canang bab anak sampai satu team bola bagai. Hurmmm... Malas, nak komen panjang. Karang peminat mai hentam Muz dekat sini pula! Bukan tak boleh nak kongsi semua tu, cuma masa depan kan masih rahsia?

Awak (merujuk kepada Sam), kita sudah lama kenal dan melalui banyak hal bersama. Saya cuma nak ucapkan terima kasih kerana selalu ada dengan saya setiap masa. Terima kasih kerana selalu membuatkan saya gembira dan rasa bahagia. 
Terima kasih juga sebab kadang-kadang bertukar menjadi ‘jahat’, namun kasih sayang dan cinta itu tidak pernah terhakis. Semoga hubungan kita akan kekal sampai bila-bila. Saya berjanji akan memberikan anak kepada awak, umpamanya penuh satu pasukan di padang bola. Itu janji saya.

Tengok kisah Nubhan yang baru ni pun dah boleh ambil pengajaran kan? Apapun, Muz doakan selamatlah semuanya, ya. Oh, ya yang impian zuriat satu team bola pun Muz doakan jadi kenyataan!


2 Komentar

Write Komentar
Nona Qiyah
AUTHOR
17/1/16 2:04 PTG delete

ya, doakan baik baik...smg berjaya.......amin....

anak yang sihat dan baikkk...

Reply
avatar
nadialadzim
AUTHOR
18/1/16 12:03 PTG delete

hmm..macam mana dia boleh janji ya? sedangkan anak itu Allah yg beri..moga impian dan doa mereka Allah makbul kan..

Reply
avatar