Selasa, Januari 26, 2016

Sukar Jatuh Cinta; Farahdhiya Masih Solo


Pelakon dan penyanyi Farahdhiya mengakui mengakui dia seorang wanita yang sukar untuk jatuh cinta dan ia juga penyebab mengapa dia masih bersendirian.


Pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohamed Amin, 32, ini berkata, ada lelaki cuba mendekatinya namun enggan membuang masa sekiranya tidak berminat dengan individu berkenaan.


"Hendak kata saya kecewa dan takut untuk bercinta, tidak. Tetapi saya sendiri sebenarnya seorang yang sukar jatuh cinta.

"Mungkin masanya belum sesuai dan tidak bertemu dengan lelaki yang benar-benar menarik perhatian saya," katanya. - mstar