Sabtu, Januari 02, 2016

Siti Nurhaliza Reda Dengan Ujian Tuhan


Spekulasi kehamilan yang tidak diakui pada awalnya oleh Siti Nurhaliza bagaimanapun berkahir dengan kenyataan yang mendukacitakan. Penyanyi tersohor itu berkongsi kisah duka mengalami keguguran lewat laman sosial instagramnya kepada umum.

“Saya reda dengan ujian ini dan saya tahu, bukan saya seorang saja diberikan dugaan sebegini.

“Saya tetap bersangka baik dengan apa jua ujian daripada-Nya. Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” katanya.


Menurut Siti, kurang rehat ialah antara sebab dia mengalami keguguran.

“Mulanya saya sendiri tak menjangka sedang hamil kerana ketika itu saya sibuk dengan persiapan Konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya dan perkahwinan anak suami.


“Dalam masa sama pula, suami dijangkiti demam denggi. Jadi saya tak cukup rehat dan tenang. Tetapi tak mengapa kerana itu adalah ketentuan Allah. Dia sudah tetapkan segalanya,” katanya.