Jumaat, Januari 22, 2016

Siti Nurhaliza Hadiahkan Konsert Sebelum Rehat Panjang


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengadakan sebuah konsert istimewa selama dua hari di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 5 dan 6 Mac depan.

Siti, 37, berkata, ia merupakan konsert berskala besar terakhirnya sebelum bercadang untuk berehat selama lima bulan daripada industri seni.


"Konsert dua malam itu adalah hadiah buat peminat sempena hari jadi saya ke 37 dan ia percuma kepada pelanggan aplikasi Yonder melalui perkhidmatan Celcom.

"Selain itu konsert tersebut adalah persembahan besar saya sebelum merancang berehat panjang selama lima bulan," ujarnya kepada mStar Online.