Rabu, Januari 13, 2016

Sinopsis Drama Kak Marr; Slot Iris TV3


Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour dan terkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya. Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. 

Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr.   Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailah juga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untuk turut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr.


Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yang menjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habis kerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr. Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak White turut mencadangangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr. 

Berjayakah rancangan Asmah untuk menjatuhkan Kak Marr? Saksikan celoteh Kak Marr, perangai gedik Asmah, ragam pekerja dan pelanggannya dalam drama keluarga komedi Kak Marr ini setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.


Saksikan drama “Kak Marr” bermula Rabu, 13 Januari ini. Che Ta akan bergandingan dengan Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Redza Rosli, Hairi Safwan, Ben Ali, Adik Arissa dan ramai lagi barisan pelakon dalam drama terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. ini. 

Drama Kak Marr ini turut menampilkan Aaisha Dhia Rana, putri comel Che ta yang buat pertama kalinya tampil secara eksklusif di dalam drama.  Drama ini diarahkan oleh Emi Suffian dan skrip pula oleh Mufid Shuhaimi.