Isnin, Januari 25, 2016

Sinopsis Drama Cinta Teruna Kimchi; Slot Zehra TV3


Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun. Ibunya banyak berahsia hingga menyebabkan Kang Ye Jun keliru mengenai dirinya. Namun segalanya berubah apabila dia menemukan sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama Islam.

Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Dia nekad berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk pencariannya itu. Berjayakah dia?

Drama CINTA TERUNA KIMCHI arahan Heykal Hanifah ini akan bersiaran selama tiga hari berturut-turut bermula 28 Januari 2016 ini, jam 9.00 malam di TV3.