Sabtu, Januari 16, 2016

Shah Iskandar Sah Bergelar Suami Siti Sarah



Shah Iskandar sah bergelar suami kepada suri hidupnya, Siti Sarah Mohd. Noor, 30, dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang diadakan di The Ballroom @East Coast, Singapura, petang Sabtu.
Shah, 33, pelakon kelahiran seberang tambak itu menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000 selain mas kahwin berupa sebentuk cincin emas.

Pasangan secocok itu turut berbalas dua dulang hantaran.


“Alhamdulillah, fasa baru untuk saya dan isteri tempuhi sudah bermula. Semoga hidup kami akan diberkati. InsyaAllah,” katanya dipetik BH Online.