Khamis, Januari 21, 2016

Sekarang Saya Dah Pakai Seluar - Arja Lee



"Sekarang ni saya dah pakai seluar!" Itu antara komen aktor Arja Lee menerusi video pendek melalui akaun Instagramnya petang tadi.

Terdahulu, video Arja Lee menimbang bola di ruang dapur dengan hanya memakai seluar dalam berwarna putih yang jelas menampakkan benjolan yang tidak sepatutnya menjadi viral.

Menurut Arja, telefon bimbitnya hilang di tandas. Kemudian, ada individu yang tidak bertanggungjawab yang menemukan telefon itu bertindak menceroboh laman instagramnya selain memuat naik video peribadinya itu ke dalam akaun instagram miliknya.

Asalammualaikum kepada semua peminat2 Arja , saya ingin memohon seribu ampun dan maaf di atas musibah yg berlaku .  Hal ini berlaku tanpa diduga atau disengajakan kerana " Malang itu tidak berbau " Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga .  Ini adalah kronologi kejadian :  HP hilang di tandas D Curve  Atas kehilangan hp tersebut, seorang insan yang tidak bertanggungjawab yang menjumpai hp sy telah memuat turun video yang tidak diingini. Itu hanyalah simpanan peribadi sy sebagai seorang lelaki. Terima kasih diatas keperihatinan dan nasihat serta sokongan yang telah diberikan. Insyaallah saya akan pastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. Sekali lagi seribu maaf dipinta dari pihak saya. Di harap semua pihak bertenang dan terus menyokong kerjaya saya. Doakan yang terbaik utk diri saya dan karier saya.
A video posted by arjalee (@arjalee) on

Berikutan itu, Arja Lee sudah membuat laporan polis. Akses kepada laman sosial instagramnya itu juga sudah dilalui seperti biasa. Malah, video berdurasi 12 saat yang menjadi tamparan hebat buat Arja Lee juga sudah dipadamkan.

Begitupun, video pendek berkenaan dan screenshot aksi Arja Lee itu sudah pun tersebar luas, dan mustahil untuk dihapuskan kesemuanya!