Sabtu, Januari 09, 2016

Priyanka Chopra Selebriti Asia Selatan Pertama Rangkul Anugerah People's Choice Award



Bintang sensasi Bollywood, Priyanka Chopra menjadi selebriti Asia Selatan pertama menerima anugerah dalam PCA apabila memenangi kategori Aktres Pilihan menerusi wataknya sebagai ejen FBI dalam drama bersiri, Quantico. Priyanka yang teruja dengan anugerah tersebut memuat naik gambarnya mencium trofi dalam laman Twitter dengan kapsyen: “Terima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya. Ini adalah satu rahmat buat diri dan kerjaya saya.”