Sabtu, Januari 30, 2016

Pekin Mahu Atikah Suhaime Digugurkan Dari Filem Volkswagen Kuning!?



Pelakon Pekin Ibrahim secara jujurnya menegur keupayaan pelakon Atikah Suhaime yang disifatkannya masih lagi lemah dalam dunia lakonan.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, berkata, kelemahan mutu lakonan Atikah, 25, itu dapat dilihat ketika mereka bersama semasa sesi pembacaan skrip filem Volkswagen Kuning terbitan syarikat produksi Metrowelth.

“Setakat ini saya tidak yakin dengan kemampuan Atikah kerana masa sesi pembacaan skrip pun, cara dia cakap sahaja sudah boleh lihat kelemahannya,” kata Pekin kepada mStar Online.

Pekin berkata demikian pada sidang media dan pelancaran filem berkenaan di pejabat Metrowealth di sini pada Jumaat. Volkswagen Kuning turut membariskan pelakon lain antaranya Dayang Areeda, Hanif Safuan, Azman Hassan dan Aida Othman.





Ia akan memulakan penggambaran pada awal Februari depan selama 15 hari di sekitar Lembah Klang dan Kuala Kangsar, Perak. Pekin memberitahu, dia sudah meminta agar Atikah digantikan dengan pelakon lain tetapi pihak produksi masih mahu mengekalkannya.



Bagaimnanpun kata Pekin, dia yakin Atikah boleh dibentuk untuk menjadi pelakon yang bagus.

"Tapi saya percaya dia boleh dibentuk oleh pengarah untuk bawa watak dia dalam filem tersebut dengan baik," ujarnya. - Mstar Online


1 Komentar:

Write Komentar
Andy Cardean
AUTHOR
17/9/16 10:32 PG delete

Bila filem ni dh kuar mst semua menyesal.. Patutnya pelakon gred A mcm pekin kene berlakon ngn nabila huda, maya karin, fazura cristina atau sesiapa yg sama tahap dgnnya.. Dgn kontroversi atikah dan tahap lakonan level taska dia.. Pk sendirila MIG

Reply
avatar