Jumaat, Januari 08, 2016

Norman Hakim Sambut Birthday Bersama Rajinikanth!


Pelakon terkenal tanah air Norman Hakim kini berada di Chennai, India dalam projek lakonan bersama bintang tersohor Rajinikanth. Meskipun, sekadar membawakan watak sampingan yang kecil, namun peluang bekerjasama dengan ikon yang mempunyai pengaruh yang cukup besar di India itu sememangnya peluang yang cukup berharga.


Bersetuju terlibat dalam projek berkenaan, membuatkan Norman Hakim terlepas peluang meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke 40 yang jatuh pada hari ini, iaitu 8 Januari 2016. 

Meskipun begitu, awal pagi tadi, pelakon berbadan sasa ini sempat berkongsi kegembiraan bergambar bersama Superstar Rajinikanth, yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya.

Dalam caption berkenaan, Norman berkata selepas memperkenalkan diri, Rajinikanth memegang kedua-dua belah pergelangan tangannya, sambil berkata bahawa baru-baru ini beliau berada di Malaysia bagi penggambaran filem Kabali.


Selain bergambar bersama, pastinya aktor Norman Hakim turut mendapat ucapan hari lahir daripada bintang legenda perfileman Tamil yang mendapat julukan Thalaiva itu.

Tinjauan menerusi Twitter, turut mendapati gambar Norman Hakim bersama Rajinikanth turut mendapat perhatian media luar negara khususnya perfileman Tamil.

Buat Norman Hakim, Happy Birthday bro!