Selasa, Januari 12, 2016

Netizen Persoal Babak Lucah Dalam Novel Komsas Tingkatan 4!


Kecoh seketika di laman sosial awal Januari ini apabila perdebatan tentang kesesuaian penggunaan novel Pantai Kasih sebagai teks kajian komsas bagi Tingkatan Empat di sekolah-sekolah menengah di Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan.


Untuk rekod, semua sekolah menengah di Tingkatan 4 seluruh negara menggunakan novel dan antologi baharu pada tahun 2015, diikuti pada tahun ini oleh Tingkatan 5. Meskipun sudah setahun berlalu, tiba-tiba sahaja isu penggunaan novel Pantai Kasih dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi panas, ekoran pendedahan secara terang-terangan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Faiez Ali.


Muz tak berani nak komen, sebab belum baca novel ni. Namun, menerusi Forum Cari ada dikongsikan sedikit petikan teks daripada muka surat 56 novel Pantai Kasih ini yang digelar netizen sebagai sangat tidak sesuai untuk dipelajari dan dibincangkan di dalam bilik darjah kerana mengandungi unsur seks dan lucah meskipun dinyatakan secara tersirat!


Apapun isu ini turut mendapat perhatian beberapa cendekiawan, yang tampil dengan cadangan diskusi di pusat pengajian tinggi, apabila khalayak mula persoalkan tentang logik dalam karya. Antara cadangan yang dipetik menerusi ruang komentar posting penulis Ana Balqis termasuklah diskusi tentang Bicara Karya; Antara Logik dan Deviasi.


Dalam posting yang sama, penulis novel Pantai Kasih ini sendiri tampil memberikan penjelasan tentang hasil penulisan novel berkenaan yang dinyatakan berkisarkan kisah benar yang berlaku. 


Pada pandangan peribadi Muz sendiri, tidak adil kita menghukum sesebuah karya hanya dengan satu halaman atau sebaris dua ayat sahaja. Tidak salah mengkritik, tetapi jangan cepat menghukum. Perlu berdiskusi, berbincang, dan mengetahui pokok pangkalnya.

p/s rasa macam nak baca novel ni! :P