Selasa, Januari 26, 2016

Nabil Larang Tonton Lawaknya Kalau Penonton Terlajak Sensitif!


Jadi pelawak ni risikonya besar. Ada yang akan terhibur, ada juga yang rasa menyampah. Tidak kurang juga bagi sensitif cepat terasa hati, walaupun sesuatu lawak itu tidak ditujukan secara langsung kepada dirinya.

Bercakap tentang isu ini, pelawak popular Nabil Ahmad punya jawaban tersendiri yang dipetik menerusi akhbat Utusan Online.


“Bukanlah saya nak cakap besar tetapi saya memang kena terlepas cakap. Yang mana yang tak selesa itu, jangan tengok. Saya cakap terus terang sajalah, kalau ada yang tak selesa dengan cara saya mengacara, soal sensitiviti itu bukan daripada saya tetapi dialah yang terlalu sensitif. Kalau orang itu sensitif lebih, dia tak patutlah berada di situ”

“Saya tak salahkan penonton sebab memang saya dikenali dengan cara begitu. Itulah saya. Jadi kalau saya masih lagi berada di situ (diberi tugas mengacara), maknanya saya diterimalah. Secara tak langsung menunjukkan bahawa saya masih diberi kepercayan oleh pihak produksi untuk berada di situ dan mengendalikan program”

1 Komentar:

Write Komentar
26/1/16 12:38 PTG delete

ada orang memang cepat sensitif...

Reply
avatar