Rabu, Januari 06, 2016

Memey Suhaiza Batal Sambut Hari Lahir Norman Hakim



Pelakon Memey Suhaiza berkata, rancangan untuk menyambut hari lahir suaminya Norman Hakim ke Indonesia pada Jumaat ini terpaksa dibatalkan selepas aktor tersebut menerima tawaran berlakon di India.

Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 28, berkata, mereka hampir-hampir membeli tiket penerbangan ke Bandung sebelum tawaran Norman menerima kira-kira seminggu lalu.


"Kami hampir-hampir nak beli tiket penerbangan ke Bandung kerana pada asalnya nak sambut birthday  abang Norman di sana. Tiba-tiba dia dapat tawaran ke India.

"Pada awalnya memang dia berbelah bagi dan bertanya banyak kali kepada saya dia risau saya dan anak-anak berkecil hati kerana membatalkan percutian tersebut," ujarnya kepada mStar Online.



Dalam pada itu, Memey berkata, sebagai isteri dia tidak berkecil hati, malah orang pertama yang memberi galakkan kepada Norman untuk menerima tawaran tersebut.

"Masa dia beritahu saya tentang berita itu, saya terus setuju dan menyuruh dia menerima tawaran tersebut kerana bagus untuk kerjaya dia," ujarnya.