Khamis, Januari 07, 2016

Kediaman Baharu Ala Istana British Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris Bernilai RM20 Juta


Tahun Baharu 2016 ini dimulakan dengan sensasi dunia glamor, apabila khalayak mula perkatakan tentang kekayaan dan kemewahan Datuk Seri Vida, apabila mendedahkan sebahagian harta bendanya dalam sebuah program terbitan Astro yang dikendalikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.


Muz, tengok sekejap di video perkongsian laman sosial Facebook. Telan liur juga tengok gelang, mahkota, rantai dan mutiara asli. Malah ada perhiasan menurut ikon wanita berjaya dalam dunia perniagaan itu yang hanya dibeli untuk suka-suka.


Kalau Datuk Seri Vida punya 17 buah rumah hanya sekitar Ipoh sahaja, terkini Datuk Terlajak Laris, mendedahkan bakal mendiami rumah agam ala British bernilai 22 Juta Ringgit Malaysia di Petaling Jaya. Kediaman itu juga dikatakan antara yang terbesar di kawasan itu. 

Pastinya perkongsian sebegini boleh dianggap sebagai inspirasi, tidak kurang juga ada yang menyelarnya sebagai riak. Apapun, tahniah Datuk Aliff Syukri atas kejayaan anda dalam usia yang muda!