Ahad, Januari 17, 2016

Isteri Black Hanifah Keguguran Anak Kedua



Black Hanifah yang baru-baru ini mengumumkan berita gembira tentang isterinya yang mengandung anak kedua bagaimanapun terpaksa berputih mata setelah kandungan isterinya itu keguguran. 

Berita sedih itu dikongsikan Black menerusi gambar isterinya, Cira di atas katil hospital dalam akaun Instagram miliknya.Black dilihat memujuk isterinya menghadapi perkara getir tersebut dengan menulis kapsyen, "I will always be there until Jannah. Takde rezeki kita. Ujian ini bermakna Allah sayang kat kita. Love u.."