Sabtu, Januari 02, 2016

India's Best Dramebaaz Season 2 Menghiburkan!


Sesiapa yang suka layan filem atau drama Hindustan aka Bollywood, Muz cadangkan tengoklah program realiti India Best Dramebaaz di Zee Variasi, Astro 108. Program ini bersiaran seminggu dua kali, iaitu pada Sabtu dan Ahad jam 9.05 malam hingga 10.30 malam.

Minggu uji bakat dah selesai. Malam ini dah mula Super 16 Round. Menyaksikan 16 orang kanak-kanak bertanding bagi merebut gelaran pelakon terbaik.


Ada macam-macam gelagat. Yang penting sangat menghiburkan. Boleh hilang stress kot! Budak-budak ni sangat-sangat berbakat.

Juri tetap bagi India Best Dramebaaz Musim Kedua ini ialah pengarah Sajid Khan, si cantik manis, Sonali Bendre dan aktor Vivek Oberoi.

Ada subtitile Bahasa Inggeris, tapi kalau dah cakap laju sangat, payah juga nak catch up. Muz yang faham sedikit language ni pun kadang tak berapa nak faham, tapi kalau kita amati lakonan pentas budak-budak ni sure kita faham dan buat kita rasa kagum.


Tak percaya? Tengoklah sendiri!