Rabu, Januari 20, 2016

Fasha Sandha Sah Cerai Talak Satu; Jejai Menangis Teresak-Esak!


Kalau sebut bab lakonan, memang Fasha Sandha antara pelakon wanita yang Muz suka tengok lakonannya. Tapi kalau kisah peribadi, siapalah kita nak komen lebih-lebih...

Fasha Sandha yang berkahwin dengan bekas suami Nora Danish dan melalui siri isu penuh kontroversi meledak sekali lagi namnnya dalam dunia hiburan tempatan apabila dikatakan mempunyai masalah rumah tangga.


(Hari ini) Pelakon Fasha Sandha sah bercerai talak satu dengan suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan di sini pada Rabu.


Lafaz berkenaan dibuat Jejai, 40, di dalam kamar Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab kira-kira pukul 3 petang.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, terdahulu memfailkan permohonan cerai tersebut pada 18 Januari lalu di mahkamah sama.

Permohonan itu difailkan Fasha selaku plaintif kes berkenaan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Fasha diwakili oleh Peguam Syarie Zulkifli Che Yong.

Jejai yang hadir ditemani oleh rakannya kelihatan menangis teresak-esak ketika keluar dari kamar hakim sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah. - mstar