Sabtu, Januari 30, 2016

Ceraikan Isteri Kedua; Reunion Runtuhkan Rumah Tangga Salih Yakob


Pertemuan semula rakan-rakan sekolah atau reunion dan kewujudan media sosial seperti Facebook kini menjadi virus utama dalam memporak-perandakan kehidupan pasangan berumahtangga.

Kenyataan tersebut diakui oleh pelawak Salih Yaakob, 55, yang menjadikan itu sebagai punca utama kenapa dia bercerai dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad, 47, pada September tahun lalu.

 “Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah. Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia,” jelas Salih kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Tidak menafikan wujudnya orang ketiga dalam perceraian itu, menurut Salih, bekas isterinya itu telah berkahwin dengan lelaki tersebut sebaik sahaja tempoh edah berakhir pada penghujung 2015.

“Dia mula berubah sikap selepas bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa reunion dan ketika itu dia memberitahu yang dia sudah tawar hati dan mohon untuk dilepaskan. Oleh kerana hormat akan permintaan dia, maka saya menceraikan dia secara baik. Saya reda melepaskan dia kerana itu yang dia pilih. Pada usia 47 tahun, dia minta cerai dan saya perlu tunaikan kerana tidak mahu berdosa,” katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada 13 orang anak ini berkata, dia sangat yakin akan ada hikmah di sebalik segala yang terjadi dalam kehidupannya dan isteri-isteri yang lain.

Tiga isteri yang masih setia dengan Salih ketika ini ialah Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali (30).

Hasil perkahwinan Salih dan Nor Raha, dikurniakan lima anak berumur antara 13 hingga 22 tahun, selain dua yang masih bersekolah. – Utusan Online


1 Komentar:

Write Komentar
Nour Adieb
AUTHOR
30/1/16 11:40 PG delete

angkara org ke3..

Reply
avatar