Sabtu, Januari 23, 2016

Blurb Preview; Asalkan Dia Bahagia




Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila bahagia yang dia ada seakan tiba-tiba ditarik pergi. Payahnya menjadi seorang Haris Aryan apabila setiap kebaikannya sering disalah erti. Payahnya menjadi seorang Ikmal Reza apabila setiap yang dia mahu tak pernah mampu dimiliki. Lebih payah lagi apabila cinta yang wujud di hati, harus disimpan sendiri.

"Abang nak cuma tunggu dua tahun lagi sehingga Dira habis belajar, dan abang akan pulang minta mama satukan kita, tapi... Mama dah salah faham" -Ikmal

"Dia isteri aku Ikmal." Suara Harris tegang.

"Dan dia juga adik aku." Balas Ikmal juga dengan suara yang tegang!

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan orang ketiga sering hadir mengundang curiga.