Sabtu, Januari 09, 2016

Blurb Preview; Abang Mekanikku


\

Kali pertama mereka bertemu, Aira dah semai perkataan anti dalam hati. Jumpa kali kedua pula, dia sembur serbuk lada pada mata jejaka itu. Kali ketiga pula dia benar-benar dah tak boleh tahan. Baginya, orang itu memang lelaki tak bertamadun, tak ada pelajaran dan kekwat!

“Haila, abang mekanik oi. Miskin sangat ke awak ni? Sebab itu awak terpaksa buat dua tiga kerja dalam sehari, eh? Tulah! Dulu-dulu masa mak bapak suruh belajar, malas. Kan dah kerja mekanik aje? Lepas tu kena tampung dengan jual burger pulak. Isk, isk, kesiannyalah.” ~ Aira.

Bagi Adham pula, Aira hanya anak orang kaya yang berlagak. Yang kerjanya nak habiskan duit emak bapak. Tengokkan lagak, memang tak akan masuk dalam senarai calon menantu mak. Namun, mereka ditemukan sebagai cikgu dan anak murid. Bermulalah sesi bersoal jawab dan uji-menguji. Dalam tak suka, terus Aira jatuh cinta.

“Mak ai, boleh pulak dia cakap lembut macam gitu, eh? Aduh, abang mekanik. Kamu buat iman gue goncang-goncangan dong! Argh! Mak, Aira nak dia!” ~ Aira.

“Aira, terima kasih kerana sudi suka saya. Tapi saya tak boleh balas. Saya tak dapat nak sebut tiga perkataan tu pada awak.” ~ Adham.

Cinta enggan dibalas. Ada kisah silam yang mencengkam fikiran. Namun kalau godaan demi godaan Aira berikan, mampukah Adham menepisnya?

Aira tak peduli. Hati Adham harus ditakluki. Berjayakah dia?

Dan, Adham? Dapatkah bertahan?

Mungkinkah akan bersatu? Mereka tidak sekufu. Pasti ada duri dan ranjau. Pasti ada ruang dan jurang menjadi batas pemisah antara bahagia dan derita untuk hidup bersama. Tapi, Aira nak abang mekanikku itu saja, okey!