Jumaat, Januari 29, 2016

Bila Norman Hakim Berbicara...


Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Pertengahan Disember yang lepas masa cari-cari hadiah perkahwinan untuk anak bekas pengetua di sekolah terdahulu, tiba-tiba teringatkan birthday aktor Norman Hakim.


Birthday kami dekat-dekat. Norman, 8 Jan, Muz 10 Jan dan Datuk Siti 11 Jan! Disebabkan this year Norman Hakim turns 40, so, Muz terlintas nak bagi sesuatu, via pos lah kan... So, lepas awal Januari hari tu pos, Muz pun dah sibuk gila dengan macam-macam benda tentang hal sekolah, Norman pun sibuk shooting di India.


Dan hari ni, tadi ada nampak notification sampai 3 kali daripada Norman Hakim di Instagram. Rupanya baru pagi tadi bungkusan itu dibuka, bukan sebab lambat sampai tapi sebab tunggu masa yang sesuai. Yang lain-lain, tengoklah sendiri screenshot yang Muz ambil dari IG Norman, yep!



Tapi ada betulnya kata-kata Norman kan, Tuhan yang gerakkan semua ni, ya la, kalau fikir mana ada sebelum ni buat benda-benda macam ni... Eh, adalah... Hihi. Tapi first untuk dialah. 


By the way, Muz memang jenis yang kalau bagi hadiah akan sertakan nota dengan kad dan kata-kata siap gunting buat shape bagai... Entah, konon perasan berseni kot! Hahaha...

Bila Norman Hakim Berbicara... [klik kasi beasr]


Apapun, hadiah kecil ini hanya sebagai dedikasi atas perhubungan baik yang terjalin. Moga ikatan kekal berukhwah hingga ke Jannah. InsyaAllah...