Jumaat, Januari 01, 2016

Bercuti Di Luar Negara; Aaron Aziz Minta Hacker Henti Cubaan Godam Akaun Instagramnya!


Hujung tahun lepas dan kedatangan awal tahun baharu 2016 ini digunakan sebaiknya oleh pelakon berbakat dan popular Aaron Aziz untuk dihabiskan masa terluang bersama keluarga tercinta.


Aaron dan keluarganya berada di Kota London menikmati kehidupan di bandaraya mewah idaman ramai itu. Pelakon lelaki sado itu juga tidak ketinggalan berkongsikan momen indah percutian menerusi akaun sosial Instagram.

Dalam pada itu, menerusi salah satu gambar yang dikongsikan Aaron juga turut mendedahkan dalam nada sinis, meminta hacker yang cuba menggodam akaun Instagramnya berhenti berbuat demikian. Menurutnya, sudah 3 kali dia berhadapan situasi terpaksa log in berkali-kali kerana terdapat cubaan menggodam akaun sosial peribadinya itu!


Untuk pengetahuan, pelakon Aeril Zafrel, Anzalna Nasir dan Ayda Jebat juga baru-baru ini menjadi mangsa penggodam yang tidak bertanggungjawab.