Sabtu, Januari 23, 2016

Banglo 7 Juta Bocor; Aliff Syukri Terlajak Laris Mengamuk!?


Siapa yang tak marah kalau rumah yang bernilai RM7 Juta bocor! Bukan bocor satu tempat, merata pula tu. Malah dah baiki berkali-kali, tetapi kejadian yang sama berulang juga.

Itulah luahan kekesalan, usahawan popular Dato Aliff Syukri Terlajak Laris, di laman sosial Facebook page miliknya, baru-baru ini.


Namun, dalam banyak-banyak komen, ada satu komen yang mengatakan Dato Aliff Syukri sebagai riak dengan merujuk kepada posting-posting usahawan muda tersebut dalam media sosial kebelakangan ini. 

Malah, ada yang mempersoal, keperluan menyatakan harga kediaman miliknya RM7 Juta itu ketika menaikkan posting berkenaan masalah kebocoran tersebut.


Begitupun, Aliff Syukri memberi komen balas menjelaskan pendiriannya sendiri.