Selasa, Januari 12, 2016

Bakal Nikah Februari Ini; Majlis Kahwin Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Bernilai RM25 Juta



Bintang popular dan pelakon lelaki terhangat 2015 menerusi Polis Evo, Shaheizy Zam akhirnya meleraikan teka teki perhubungannya bersama pelakon Syatilla Melvin yang berlangsung hampir 2 tahun. 

Menerusi sidang media yang diadakan pada petang ini, pasangan sama cantik sama padan ini mengumumkan tarikh pernikahan mereka iaitu pada 8 Februari 2016 bertempat di Pulau Pinang.

Dalam pada itu majlis perkahwinan itu bakal diangkat sebagai Wedding Of The Year kerana mendapat tajaan sebanyak RM25 Juta, iaitu 20 Juta merangkumi barang kemas dan 5 Juta lagi bagi persiapan majlis!

Majlis nikah pasangan ini akan berlangsung di Nibong Tebal, Pulau Pinang, iaitu di kediaman Syatilla, manakala resepsi sebelah perempuan memilih lokasi Bukit Jawi Golf Club, 

Majlis resepsli sebelah Sam pula memilih Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 20 Februari 2016.