Isnin, Januari 25, 2016

Aura AJL 30 Kurang Menyerlah! Anugerah Juara Lagu Ke-30 Membosankan!


Potret dendangan Akim & The Majistret diangkat sebagai juara lagu bagi Anugerah Juara Lagu ke-30. 3 dekad penganjuran anugerah hiburan yang mengangkat komposer, penulis lirik dan penyanyi ini sudahpun melabuhkan tirainya. Jom, tengok corat-coret AJL 30 dari kaca mata seorang penonton!


  • AJL 30 dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh tiga figura terkenal dalam industri seni suara tanah air yang masing-masing pernah menjulang nama di pentas Anugeah Juara Lagu. Dato Jamal Abdillah, Dato Siti Nurhaliza dan Yassin Sulaiman tampil dengan lagu Ghazal Untuk Rabiah, Cindai dan Mimpi Laila yang diberikan sentuhan eksklusif.
  • Susunan muzik dan gaya selang seli persembahan antara Jamal, Siti dan Yassin memang menarik. Latar belakang dan pencahayaan juga indah. Sayangnya, bagi Muz konsep tarik menarik box yang menjadi tempat berdiri dan duduk ketiga-tiga mereka sepanjang persembahan itu sangat menyerabutkan!
  • Nyanyian Yassin juga dengar macam orang malas saja. Serupa tak blend cantik dengan Jamal dan Siti yang nampak bersungguh-sungguh.
  • Persembahan Malam Ini Kita Punya daripada Bunkface menampilkan ciri-ciri penghibur sejati. Berkomunikasi dengan penonton di stadium mungkin nampak janggal bagi sesuatu pertandingan seperti AJL, namun itulah ciri seorang penghibur.
  • Elemen wow yang ditampilkan sebagai interlude dalam persembahan Bunkface dengan mainan muzik drum memang menarik dan memukau!
  • Noh Salleh tampil di atas pentas secara solo dengan imej licin. Rasa pelik tengok wajah Noh tanpa sebarang bulu. Hehe! Persembahan yang cukup simple! Tak menang pun tak apa, tak payah bayar banyak orang! Hahaha...
  • Maaf cakap persembahan lagu Knock Knock oleh Elizabeth Tan dan Kaka dengan lagu Bukan Hal Aku, merupakan persembahan yang paling hambar, membosankan dan tidak bertenaga!
  • Persembahan berikutnya, jika diikut turutan bermula Hazama, Caliph Buskers, Faizal Tahir, Drama Band, Stacy, Black, Akim dan Dayang agak baik mutunya menepati kualiti AJL.
  • Vokal Black sangat memukau, begitu juga Dayang yang tampak sangat bertenaga.
  • Keseluruhannya, penonton di stadium nampak ‘lemah’. Pemilihan Stadium Malawati yang berbeza dengan lokasi AJL sebelumnya yang agak gah juga seperti menurunkan aura 3 dekad AJL.
  • Seperti tahun-tahun sebelumnya, pengacara AJL tetap membosankan. Barangkali TV3 perlu membawa pengacara lain selain pengacara tetap Muzik Muzik ke pentas AJL.
  • Aura Dato Vida bagi penonton di rumah juga tidak begitu menyerlah. Bagi Muz pengacara gagal memanfaatkan peluang populariti Dato Vida untuk menggamatkan lagi suasana pada malam AJL 30. Contoh paling mudah, lihat Nabil dan Jihan membawa sama Dato Vida dalam suasana Gegar Vaganza, sangat hidup suasananya bukan?
  • Fara Fauzana membuat kesilapan beberapa kali termasuk silap tahun 1986 ketika mengulas persembahan Dato Siti Nurhaliza pada awal tirai AJL 30 dan sebelum persembahan Jac dan Hafiz.
  • Persembahan undangan yang paling menyerlah adalah untuk segmen balada yang disampaikan oleh Hafiz dan Jac dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Awan Nano dan Gemilang secara medley.
  • Persembahan interlude dengan menampilkan Showdown yang merupakan program ciptaan 8TV di bawah label Media Prima tidak lebih daripada sekadar mempromosikan sahaja. Sayang, lebih bermakna andai ruang itu dimaknakan dengan lagu-lagu lain yang pernah diangkat sebagai Juara Lagu sepanjang 3 dekad penganjuran anugerah tersebut.
  • Kombinasi Azlan dan Rahmad Mega yang dijangka bakal meletop sayang sekali hanyut ke laut. Duet yang sangat tidak serasi. Lebih hebat duet Azlan dan Ziana beberapa tahun lalu di pentas ABPBH yang sangat menjadi dan fenomena.
  • Idea memanggil beberapa pemenang AJL terdahulu seperti Fauziah Latiff, Nash dan Ziaton Sameon kurang berjaya sementelahan penonton di stadium kurang memberikan respon kepada mereka.
  • Paling terkesan apabila kemunculan Fauziah latiff di samping AG dan Fara Fauzana seperti tidak memberi erti sebab yang terjerit teruja di bawah adalah untuk Stacy yang sedang mengambil tempat untuk membuat persembahan.
  • Stacy merupakan penyanyi yang banyak kali masuk AJL tetapi masih gagal memenangi sebarang anugerah. Kalau dulu Nora, Liza Hanim dan Ziana Zain antara yang sering bertanding namun selalu juga pulang dengan tangan kosong. Bagaimanapun, Nora, Ziana dan Liza pernah memenangi kategori lagu kategori terbaik dan persembahan vokal terbaik.
  • Barisan pemenang pada malam AJL 30 seperti sudah dijangka banyak pihak dan keputusannya tidak mengejutkan dan tidak mencipta sebarang kontroversi.
  • Sudah tiba masanya produksi TV3 memperbaharui penganjuran Anugerah Juara Lagu agar auranya tidak pudar selepas 3 dekad penganjuran. Kritikan pemerhati seni dan penonton perlu diambil kira dalam sudut yang positif agar penganjuran anugerah ini kekal relevan.
Pandangan, komen dan kritikan ini adalah daripada pemerhatian peribadi sepanjang 3 jam AJL 30 berlangsung. Jangkaan Muz memang tinggi. Paling tidak nak dengar semula 29 lagu yang pernah diangkat sebagai lagu terbaik secara medley. Tak kisah dibawakan penyanyi asal atau undangan. Dalam masa yang sama pentas AJL 30 juga terasa seperti kurang gah, berbanding penganjuran sebelumnya ditambah pengacaraan yang membosankan sepanjang 3 jam berlangsungnya penganugerahan membuatkan Muz sangat kecewa!

Sekian dahulu komen pertama untuk tahun ini bagi penganjuran majlis hiburan tempatan.



5 Komentar

Write Komentar
Abam Kie
AUTHOR
25/1/16 6:10 PTG delete

memang setuju dgn pendapat Muz ni...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26/1/16 12:55 PTG delete

Nk betulkan skit kat sini.. Penganjuran di stadium malawati krn stadium putra tgh renovate..so everything terpaksa di kurangkan atas faktor venue.. Showdown bukan persembahan interlude ttp merupakan slot promosi utk filem yg bakal ditayangkan pd april depan.. Tq atas komen yg sgt membina.. In Shaa Allah akan kami perbaiki di masa2 akan dtg..

Reply
avatar
26/1/16 2:35 PTG delete

setuju sgt.. hambar..

Reply
avatar
Azyyati Liah
AUTHOR
29/1/16 2:54 PTG delete

Kita sependapat! Cuma saya tengok di Tonton. Sound system hancur lebur masa dengar kat Tonton. Adoiiii. Ke laptop saya yg problem?

Reply
avatar
engku yazwan
AUTHOR
4/2/16 9:49 PTG delete

Mmng x megah pon ajl kali nih..hambar lagi2 pngacare due owg tu..beter jihan n nabil lgi mnyrlah dn mnghiburkn penonton

Reply
avatar