Sabtu, Januari 30, 2016

Ada Sebab Ziana Zain Terima Tawaran Juri Tetap Maharaja Lawak Mega 2016


Berkecimpung dalam sunia seni lebih 20 tahun pastinya figura bernama Ziana Zain ini punya koleksi pengalaman tersendiri sepanjang bergelar penyanyi, pelakon, pengacara, jurucakap produk, dan model. 

Ibu kepada 4 cahaya mata ini dipilih menduduki kerusi juri tetap Maharaja Lawak Mega 2016. Lebih menonjol sebagai penyanyi, Ziana Zain yang terkenal dengan sikap gila-gila ini juga punya sebab tersendiri mengapa bersetuju memilih menerima tawaran bergelar juri MLM 2016.


Selain, dirinya sendiri dan suami penonton tegar program lawak itu, Ziana beranggap menerima tawaran itu adalah satu cabaran untuk mencuba sesuatu yang baharu. Mengambil masa yang lama untuk memberikan kata putus, Ziana juga berkata pelunag ini secara tidak langsung akan memberikannya peluang menimba ilmu spontan daripada para peserta itu sendiri yang boleh dikutipnya.

Kurang sihat, kerana demam dan batuk, pada Minggu Pertama Maharaja Lawak Mega 2016, bagaimanapun, Ziana Zain tampil menawan dengan busana rekaan Rizman Ruzaini yang nampak cocok dan langsung tidak menuakan Ziana yang bakal menginjak 48 tahun pada 2 Mei nanti!

2 Komentar

Write Komentar
aRz MoHa
AUTHOR
30/1/16 11:51 PTG delete

Wah juri baru mesti menarik MLM

Reply
avatar
adik abang
AUTHOR
31/1/16 3:59 PTG delete

Xde job nyanyian ker??

Reply
avatar