Khamis, Januari 28, 2016

[6 Gambar] LaFerrari Ungu Milik TMJ Yang Sungguh Menggiurkan!



Seperti yang ramai ketahui keluarga Kerabat Di Raja Johor memang terkenal memiliki kenderaan yang mewah dan hebat.


Semalam, Tungku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers telah memuatnaik gambar keretanya yang sungguh menawan hati setiap lelaki malahan wanita di mana Tunku telah berangkat mengunjungi Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos menggunakan LaFerrari berwarna ungu yang sungguh "Superb".

Menerusi foto berkenaan, Yang Teramat Mulia Tuanku telah memandu sendiri jentera berkenaan yang hanya ada 499 unit di dunia. LaFerrari ini dijana oleh enjin 6.3 liter V12 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 789 hp pada 9,000 rpm dan tork 700 Nm pada 6,750 Nm.