Jumaat, Januari 22, 2016

3 Bulan Tak Ada Job; Fizz Fairuz Kecewa Stesen TV Tolak Namanya Berlakon Drama!


Fizz Fairuz menjelaskan sudah hampir tiga bulan beliau tidak mendapat tawaran berlakon drama malah namanya sering ditolak oleh sebuah stesen televisyen tempatan.  Jika ada tawaran untuk membintangi drama pun, Fizz ditawarkan watak yang sama sahaja.


Saya tidak kurangkan aktiviti berlakon, kalau ada tawaran saya terimm cuma tawaran yang datang kebanyakannya watak yang sama dan sudah banyak kali saya lakonkan. Sebenarnya saya juga berasa kecewa kerana sejak kebelakangan ini nama saya sering ditolak oleh sebuah stesen tv atas alasan saya tidak layak melakonkan watak itu dan digantikan dengan bakat baru.

Biasalah tu, adat. Yang sado, tinggi lampai, muka kacak pun dah tak sekencang dulu berlakon. Contoh terbaik Aqasha, Muz memang suka lakonan Aqasha, frust juga dia dah jarang nak berlakon sebab watak yang klise.  

So, apalah sangat nak dibandingkan dengan Fizz yang kontra dengan semua ciri yang disebutkan di atas kan? Opsss!! Hehehe...