Sabtu, Januari 02, 2016

20 Ekor Kucing Ditinggalkan Kelaparan Di Puncak Bukit Kledang, Ipoh


Orang kata kalau berita belum sahih jangan sebar. Tapi kalau nak tunggu sahih mungkin kucing-kucing ni pun dah mati kebulur.


Browse Facebook, nampak ada seorang member share posting tentang kucing hampir 20 ekor ditinggalkan di dalam kotak kayu di puncak Bukit Kledang, Ipoh, Perak. 

Menurut individu berkenaan, Amarul Husna, pihaknya hanya dapat memberikan sedikit makanan kepada kucing-kucing yang kelaparan itu kerana mereka sendiri hanya mempunyai bekalan makanan yang sidikit ketika sampai di puncak bukit berkenaan.

Posting yang dikongsi dalam Grup Fanclub Kaki Motong itu baru sahaja dikongsi, 30 minit lalu. Mohon viralkan isu ini. Jika benar, sesiapa yang berdekatan sudilah kiranya membantu binatang tersebut.


Kalaupun tak nak bela lagi, kan elok hantar saja kepada animal shelter. Jangan seksa binatang, Muz pernah dengar tazkirah Ustaz Fawaz, esok di akhirat binatang yang kita buat niaya akan bagi keterangan pada hari pembalasan, selepas itu akan berderai menjadi tanah!

Mohon, manusia yang baik hati membantu. Muz, hanya boleh sebarkan maklumat sahaja dari jauh.