Isnin, Januari 18, 2016

[10 Gambar] Sekitar Resepsi Nabila Huda Bertemakan Melayu Klasik


Nabila Huda dan suami dan Mohd Izwar Johar diraikan di kediaman bapanya Amy Search dengan tema Melayu Klasik!


Majlis serba meriah itu diserikan lagi dengan tema Melayu Klasik yang diaplikasikan pada busana pengantin dan dekorasi majlis. Antara artis yang kelihatan hadir pada majlis itu adalah Sharifah Sakinah, Ryzal Jaafar, Uqasha Senrose, Yana Samsudin, Adeline Tsen, Tam Shuhaimi, Ziana Zain dan Yazid Search.