Selasa, Disember 22, 2015

[Video] Miss Universe 2015; Pengacara Salah Umum Pemenang! Ratu Cantik Pakai Mahkota Hanya 4 Minit!


Pastinya suatu momen yang mengejutkan dan memalukan. Majlis gilang gemilang Miss Universe 2015, yang seharunya melabuhkan tirai dengan kemuncak sempurna menjadi episod memalukan apbila pengacara tersalah umum pemenang. Lebih parah apabila kesilapan itu dibetulkan selepas Miss Universe Colombia dimahkotakan dengan tiara, siap melambai dan menitiskan air mata kegembiraan atas kemenangan itu.


Selepas itu, barulah pengacaranya tampil memohon maaf dan menyatakan Miss Universe Colombia adalah di tempat kedua, dan Miss Universe 2015 jatuh kepada Miss Universe Filipina.


Kasihan pula tengok Miss Universe Colombia, hanya dapat rasa title ratu hanya untuk kurang lebih 4 minit. Dan kasihan juga untuk Miss Universe Filipina kerana menerima gelaran itu dalam keadaan penuh dramatik, yang pastinya menjadi bualan dunia dan tidak akan dilupakan dalam sejarah penganjuran pertandingan ratu cantik ini.