Isnin, Disember 07, 2015

Tengku Puan Pahang Kongsi Puisi Buat Almarhum Tunku Abdul Jalil


Berada di Tanah Suci pada ketika ini menjalani ibadah Umrah, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar atau mesra dengan sapaan Tengku Puan Pahang tidak ketinggalan berkongsi duka, lewat kemangkatan anakanda saudara, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Raja Zarith Sofiah. Menerusi laman sosial instagram, baginda berkongsi bait-bait puisi yang ditujukan buat Almarhum yang dicipta oleh seseorang yang tidak dinyatakan namanya. Sama-sama kita hayati bait-bait puisi ini.

Tu

Bertemu tidak pernah
Apatah lagi bertegur sapa
Namun getarannya dtg tiba2
Seimbas khabar mendengar berita
Sedihnya menyelinap rasa
Merintih hati menahan duka
Pergimu buat selamanya
Meninggalkan jejak yang telah tiada

Kaulah Putera Raja
Baik budi tutur bicara
Mengukir senyum dalam duka
Di anjaknya rasa sakit menimpa
Kerana jiwa sentiasa redha
Doa untukmu sentiasa bersama

Insan berhati mulia
Kau umpama bunga syurga
Menggamit rindu mendalam di jiwa
Pada dikau yang telah tiada
Moga perjalananmu damai di sana
Doa untukmu mengiringi sentiasa