Khamis, Disember 31, 2015

Susulan Isu 2 Kerja Dalam 1 Masa; Guru Ini Kongsi Pikul 22 Tugasan Sepanjang Sesi Persekolahan 2016


Heboh dan kecoh di serata negara tentang kenyataan seorang menteri dalam kabinet kerajaan Malaysia semasa, mengeluarkan kenyataan meminta rakyat membuat dua kerja dalam usaha menambahkan pendapatan. Kenyataan itu susulan rungutan pelbagai pihak tentang kenaikan harga dan kos sara hidup, yang dijangka semakin kritikal menjelang 2016.

Menteri berkenaan, bagaimanapun kemudiannya menjelaskan dua kerja yang dimaksudkan bukanlah 'kerja yang nyata' sebaliknya berniaga online. 


Tahukah anda, berniaga online seperti dalam Facebook juga perlu didadftarkan??

Susulan kenyataan itu yang menjadi viral menyaksikan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa pihak berkenaan menarik semula saranan membuat dua kerja dalam satu masa.

Manakala, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan menyuruh rakyat berfikir dua kali dan menyemak kontrak sebelum membuat dua kerja dalam satu masa kerana boleh kehilangan pekerjaan utama.

Begitupun, menteri berkenaan tampil pertahankan diri dengan mengatakan beliau sendiri melaksanakan tiga pekerjaan dalam satu masa. 


Perkara ini mendapat perhatian ramai baik dalam kalangan netizen, blogger, selebriti tanah air, tokoh politik bahkan golongan profesional.

Terkini, seorang guru berkongsi, senarai tugas yang perlu dipikul sepanjang tempoh persekolahan sesi 2016.

Menerusi gambar yang ditampilkan menerusi laman sosial Facebook-nya, guru berkenaan hanya melakukan satu pekerjaan, iaitu sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Bagaimanapun, tugas yang perlu dipikul oleh guru yang berkhidmat di negeri Johor itu bukanlah dua atau tiga seperti yang hanga diperkatakan sekarang ini, bahkan mencecah 22 tugasan!

Jadi, agak-agak bila masanya guru berkenaan nak buat satu lagi pekerjaan eh? Hehehe... :P