Ahad, Disember 13, 2015

Siapa Paling Layak Jadi Juara Gegar Vaganza Musim Kedua?


Debaran makin terasa. Siapa yang bakal membawa pulang gelaran juara Gegar Vaganza Musim Kedua, dengan hadiah bernilai RM100 000? Ada 6 bintag yang akan bertanding pada malam ini, menyaksikan pertembungan antara tiga penyanyi lelaki dan tiga penyanyi perempuan.



NASSEIR WAHAB
Nasseir Wahab antara peserta Gegar Vaganza Musim Kedua yang tidak pernah berada pada tahap bottom two. Dengan kata lain persembahan Nasseir pada setiap minggu agak konsisten. Namun, sesuatu yang masih sterotaip pada Nasseir adalah gaya dan corak persembahannya yang senada, sama dan sentiada mahu tampak ‘sempurna’, jadi agak play safe dalam persembahan yang ditonjolkan oleh Nasseir. Begitupun, kemerduan suara Nasseir memang tidak boleh dipertikaikan.

ACONG SWEETCHILD
Meskipun dikeluarkan dan dibawa masuk kembali oleh Dato Seri Vida. Namun keberadaan Acong pada malam final Gegar Vaganza ini tidak boleh dipandang ringan. Sesuatu yang menjadi masalah pada Acong, adalah persembahan yang tidak konsisten. Lihat saja auranya yang tidak menyengat pada Konsert Suku Akhir, kemudian dia menebus kembali pada Konsert Separuh Akhir. Pernah berada di tangga dua ke bawah, apakah nasib akan menyebelahi Acong malam ini?

EZAD LAZIM
Kelunakan suara Ezad memang tidak boleh dinafikan. Mendayu-dayu, tangkap leleh, jiwang hingga menusuk kalbu. Lagu balada pop memang lagu cari makan penyanyi lelaki ini. Satu masalah baginya, pasti sahaja energy yang tidak 100% diberikan dalam satu-satu persembahan. Itulah komen juri yang sering kedengaran.

FARAHDHIAYA
Farahdhiya antara peserta underdog yang menyerlah pada saban minggu, melainkan minggu lepas apabila sakit tekak dan pada awal program ini bermula tatkala mendapat lagu yang langsung tidak kena dengan genre dan tone suaranya. Farah juga mempunyai nada suara yang rare membuatkan persembahannya menjadi segar, dan menarik untuk disaksikan. Apakah Farah mampu mencipta magis pada malam ini? Sama-sama kita nantikannya di Astro Ria dan RIA HD, bermula 9 malam!

HAIZA
Melihat namanya dalam senarai peserta, ramai beranggapan Haiza akan tersingkir awal sementelahan dia hanya serasi dengan irama dangdut sahaja. Namun, sangkaan itu meleset apabila setiap minggu bermula minggu awal hingga ke Konsert Suku Akhir persembahan Haiza sangat dinamik, kreatif dan segar dengan pelbagai sentuhan baharu dalam membawakan lagu-lagu yang diberikan dengan cara dan randisi tersendiri. Cuma lagu Flora Cinta sahaja tidak begitu kena dengan Haiza pada minggu lepas sekali gus menyenaraikan dirinya antara di tangga terendah. Apakah Haiza mampu membawa kemabli auranya ke pentas Gegar Vaganza, Konsert Akhir nanti? Nantikan! Dagdigdug...

SITI NORDIANA
Lama menyepi daripada dunia nyanyian, dan hijab merupakan antara faktor ramai beranggapan Siti Nordiana sudah bersara daripada industri seni suara. Kemunculannya di pentas Gegar Vaganza pada awalnya mungkin kurang menyengat, tetapi semuanya berubah selepas lagunya sendiri Memori Berkasih disampaikan secara duet bersama Lan Kristal menjadi fenomena dan viral di laman sosial. Semenjak itu, Nana tidak lagi toleh ke belakang dan terus membawa cabaran dengan menyampaikan lagu-lagu yang diberikan dengan berkesan terutamanya lagu Mengapa pada Konsert Separuh Akhir. Apakah lagu solo, Putus Terpaksa akan membawa tuah kepada Nana pada malam ini? Kita tunggu dan lihat!!!


Jadi siapa pilihan anda sebagai Juara Gegar Vaganza Musim Kedua ini? Kalau tanya Muz, diri sendiri pun susah nak cakap, kena tengok persembahan, baru boleh ulas. Apapun, siapa jua pilihan anda, pilihan juri pasti mempunyai alasan, musabab tertentu yang melayakkannya menjadi juara!

1 Komentar:

Write Komentar
Abam Kie
AUTHOR
13/12/15 7:54 PTG delete

kalau Nana buat mcm minggu lps sure gelaran juara tu miliknya!

Reply
avatar