Jumaat, Disember 04, 2015

Rumah Tangga Fasha Sandha Dan Jejai Goyah?


Tak ada angin ribut, tiba-tiba mstar online secara eksklusif melaporkan berita tentang rumah tangga pasangan Fasha Sandha dan Jejai mulai bermasalah dan keadaannya retak menanti belah?



Sumber sahih yang memaklumkan berita itu kepada mStar Online berkata, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dipercayai telah mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini.
Namun tidak dipastikan kunjungan itu sama ada untuk mendapatkan kaunseling hal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.
Tambah sumber itu, keretakan rumah tangga Fasha dan Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai, 39, disebabkan campur tangan pihak ketiga yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri.
Harapnya berita ini tak benarlah, kalaupun benar, harapa dapat selesaikan baik-baik. Jangan sampai cerai-berai. Sayang, dah complete elok dah famili ni, ada anak sepasang lagi. Hopefully, semuanya akan berakhir dengan baik tanpa melukakan sesiapa.