Rabu, Disember 16, 2015

Pelakon Beego Terlepas Tuduhan Khalwat!


Pelakon Beego dan dua rakannya dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Rendah Gombak Timur daripada pertuduhan berkhalwat dengan dua wanita di sebuah rumah, empat tahun lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian terhadap Beego atau nama sebenarnya, Md Aszerul Nizam Abdullah, 35, pekerja swasta, Fikry Zainon, 35, dan Mohd Arsli Mior Atan Ahmad, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.


Mereka didakwa berkhalwat dengan dua kenalan wanita mereka, Hadijah Mohamad Mokhar dan Azlina Yazit di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang di sini, pada 6 pagi, 23 Februari 2011.