Ahad, Disember 06, 2015

"Namamu Akan Dibawa Warisku"; TMJ Luah Rasa Atas Kemangkatan Tunku Jalil


Kemangkatan anakanda Sultan Johor, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar bukan sahaja dirasai oleh kaum keluarga dan kerabat diraja, bahkan turut dikongsi rasa dukanya oleh rakyat jelata tidak kira sama ada bangsa Johor atau sisi warganegara. 


Rasa yang sama turut diluahkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.


Kepada adikku yang dikasihi... Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Salam takziah, moga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang Soleh. InsyaAllah, Ameen... 

1 Komentar:

Write Komentar
Kathy R'bain
AUTHOR
6/12/15 4:06 PTG delete

Akhirnya TJ pergi jua. Moga roh almarhum di tempatkan di sisi insan beriman. :'(

Reply
avatar