Selasa, Disember 22, 2015

Nabila Huda Nikah Pengurus Restoran Jumaat Ini



Amy (Search) mengesahkan anak sulungnya, Nabila Huda bakal mendirikan rumah tangga sempena cuti hari Krismas iaitu pada 25 Disember ini.

Amy  bagaimanapun berkata, dia tidak tahu lebih lanjut mengenai majlis pernikahan Nabila dengan teman lelakinya yang merupakan pengurus restoran Kulcats.


"Saya hanya diberitahu anak saya akan berkahwin pada 25 Disember ini.

"Selebihnya, semua persiapan diuruskan oleh ibu Nabila," katanya kepada mStar Online.