Rabu, Disember 09, 2015

Majalah Hiburan Terkenal Paksa Ziana Zain Ke Photoshoot Meski Tak Bermaya Sebab Cirit-Birit


Kasihan pula kisahnya dengan penyanyi popular Ziana Zain. Dah lah sakit, tak larat, kena paksa pula pergi photoshoot. Alkisahnya, Ziana Zain terkena cirit-birit yang teruk. Ulang-alik ke tandas banyak kali. Biasalah, kalau terlalu kerap ke tandas, air pun menyusut dari badan. Last sekali jadilah lembik tak bermaya. begitu juga keadaan Ziana Zain. Bila dimaklumkan kepada PRO dan wartawan majalah berkenaan, mereka cakap tak boleh tangguh. Photoshoot tu untuk cover dan deadline dah dekat. So, nak tak nak pagi esoknya, terpaksa juga Ziana ke photoshoot dengan keadaan badan tak bermaya!


Hah, kalau nak tahu itulah antara kenangan penyanyi kesayangan ramai ini ketika mempromosikan filem Sembilu pada zaman kegemilangannya, suatu ketika dahulu bersama Majalah Hiburan URTV dan wartawan Huzz.


Kalau nak tahu lagi banyak kisah dapatkan URTV 45 Tahun, edisi Disember 2015, cover depan ada Erra Fazira, Fauziah Latiff, Amy Search dan Ziana Zain!