Jumaat, Disember 18, 2015

Kerana Donut 10 Sen; Waliuddin Jadi Rebutan!


The more we give, the more we get back! Memang betul pernyataan ini! Dan sebab tu juga agama Islam menuntut umatnya untuk selalu berkongsi rezeki. 


Pemuda yang bernama Muhammad Waliuddin Chua, baru berusia 24 tahun, tetapi apa yang berada sebalik isi hati dan pemikirannya, mungkin masih tidak terdapat dalam kalangan kebanyakan pemimpin di Malaysia kini.

Memeluk Islam pada tahun 2011, Waliuddin yang memiliki diploma dalam bidang penerbangan gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah yang seharusnya terjadi pada tahun 2013, lantaran gagal mendapat pembiayaan pendidikan.


Memilih menjual donut dengan harga 10 sen adalah kerana beranggapan sebagai amal jariah dan merasakan tidak dapat tidur malam jika ambil untung yang berlebihan. Niat membantu orang ramai membeli kuih dengan harga yang murah akhirnya mendapat balasan setimpal.

Jika dahu sehari hanya 100 biji donut yang dijual, namun selepas kisahnya viral, Waliuddin menyatakan tidak sampai sebulan, kini permintaan meningkat kepada 4000 biji donut sehari! Malah sudah menggajikan 5 orang pekerja untuk membantunya.