Isnin, Disember 21, 2015

Hanis Zalikha Hamil 4 Bulan; Hairul Azreen Kongsi Berita Gembira


Tahniah diucapkan buat selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang bakal menimang cahaya mata sulung. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Hairul menerusi laman sosial Instagramnya.


“2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama-sama isteri saya. Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan,” jelas Hairul di Instagram.