Selasa, Disember 22, 2015

Gagal Ujian Doping: Sazali Digantung Empat Tahun


Jaguh bina badan negara, Sazali Samad dikenakan hukuman penggantungan selama empat tahun selepas gagal ujian doping. Sazali, 48, disahkan positif menggunakan steroid. Beliau gagal dalam ujian rawak yang dilakukan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) pada 1 September lalu.


Sazali sepatutnya bertanding pada Kejohanan Bina Badan Asia ke-49 di Taskent, Uzbekistan bermula 29 September hingga 5 Oktober lalu.


Beliau berhadapan dengan penggantungan selama empat tahun bermula 22 September di mana tarikh keputusan ujian diketahui. - mstar

1 Komentar:

Write Komentar
JAMIL HASHIM
AUTHOR
22/12/15 11:35 PG delete

SINGGAH PAGI... http://jmbelog.blogspot.my/

Reply
avatar