Ahad, Disember 06, 2015

Disiarkan Selepas Tuan Anas Mikael; Drama Tersuka Tanpa Sengaja Berdepan Ujian Hebat!


Penangan Tuan Anas Mikael cukup hebat. Payah nak cari cacat cela dalam drama adaptasi novel ini. Daripada pelakon utama kepada pelakon pembantu semuanya tip top! Ada humor, jenaka, romantik, jiwang, konspirasi, antagonis yang diadun cantik oleh pengarahnya menjadikan drama 16 episod itu terasa begitu singkat sangat. Bahkan pemilihan lagu tema pun memag cocok banget!

Tamat Tuan Anas Mikael, akan menggantikannya adalah drama Tersuka Tanpa Sengaja juga adaptasi novel. Kali ini membariskan Amar Baharin, Emma Maembong dan Amyra Rosli selaku tunjang utama. Bakal memulakan siaran esok, drama Tersuka Tanpa Sengaja terbitan produksi milik Rosyam Nor ini ternyata berdepan ujian hebat!


Mana-mana drama bersiri yang disiarkan selepas tamatnya suatu drama yang menciptakan fenomena luar biasa seumpama Tuan Anas Mikael akan berdepan kebarangkalian dibandingkan dan menerima kritikan. Sebelum ini perkara sama pernah terjadi dalam Slot Akasia, apabila Rindu Awak 200% selesai tayangan, drama sesudahnya menerima tamparan hebat.

Begitu juga hujung tahun sudah, Slot Samarinda mencetuskan fenomena dengan drama bersiri Zahira, yang mana sehingga ke hari ini tidak ada drama lain dalam slot itu yang mampu menandingi fenomena dan kehangatan yang dicipta oleh Zahira.


Jadi, bagaimana pula dengan nasib Tersuka Tanpa Sengaja? Sama-sama kita nantikan mulai esok 7 Disember, isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD

1 Komentar:

Write Komentar
6/12/15 4:56 PTG delete

haha persaingan tu biase la. tapi lakonan emma maembong boleh tahan jgk

Reply
avatar