Rabu, Disember 16, 2015

Dapat Gelaran Datuk; A. Aida Tak Tahu Konon Boleh Beli Title Datuk!



Saya tidak membeli gelaran Datuk ini dan saya tidak tahu ianya boleh beli atau tidak. Apa yang saya terima ini berikutan sumbangan amal selama ini yang dilakukan tanpa pengetahun orang ramai. Saya buka sekolah tahfiz atau bina surau tak perlu dihebohkan kepada media, atas perkara itu mungkin saya diberi pernganugerahan ini.


Saya terima surat 16 November lalu tapi saya tidak hebohkan perkara ini kerana takut tidak jadi. Pada hari kejadian barulah saya beritahu kepada rakan-rakan terdekat.Sekarang pun saya tidak umumkan dimana-mana laman sosial, bukan kerana saya tidak menghargai tetapi saya tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk.