Sabtu, Disember 26, 2015

Cara Amal Surah Al-Insyirah Sebagai Penyembuh Masalah


Hati yang resah. Jiwa yang gelisah. Terasa sukar untuk menghadap hakikat kehidupan. Ada sahaja masalah. Ada sahaja kewalangan yang menerjah. Saat merasakan kehidupan ini begitu asing. Ketika setiap langkah di dunia bagaikan dijerut rantai besi. Bukankah kepada Dia seharusnya kita kembali?

Kembali kepada yang Maha Esa. Bagaimanakah caranya? Mudah, telaah kalam mukjizat yang diwahyukan kepada Muhammad, insan terbilang di dunia dan akhirat. 


Sahabat, salah sebuah surah yang dua kali di dalamnya Allah berfirman tentang suatu kepastian adalah surah Al-Insyirah. Kepastian tentang usai sesuatu kesulitan itu pasti akan ada kemudahan. Apakah kita was-was dengan janji Allah, sehinggakan begitu mudah mahu berputus asa dengan ujian dalam kehidupan? Jangan sahabat!

Muz ada ketemukan beberapa cara mengamalkan Sural Al-Insyirah atau lazim di bumi Malaysia kita panggilnya sebagai Surah Alam Nashrah. Mari kita lihat cara mengamalkannya.


  1. Pada ayat pertama , baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada (bacalah doa - YA ALLAH, KAU LAPANGKAN DADAKU INI )- untuk melapangkan dada kita)
  2. Ayat kedua Baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu (bacalah doa - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH BEBANAN DI BAHUKU INI...) untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan...(misalnya masalah )
  3. Ayat ketiga, Baca dan tiuplah tapak tangan, lepas tu tapak tangan sapulah di belakang pinggang hingga sempadan punggung - sapulah 3 kali... (doalah - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH PEKERJAAN YANG AKU NAK BUAT INI...) apabila buat kerja tu rasa ringan je)
  4. Ayat keempat, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala...sedut tapak tangan apabila sampai ke muka... buat 3 kali (doalah - YA ALLAH, KAU JADIKANLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG AKU, MEREKA AKAN HORMAT DAN SAYANG PADAKU...) yang ni dikatakan untuk penyeri wajah...dan supaya orang hormat dan sayang...kalau yang ada suami tu elok sangat la amalkan...)


Pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis... seeloknya, bacalah basmallah bila melakukan sesuatu pekerjaan, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada Allah.

1 Komentar:

Write Komentar
27/12/15 7:46 PTG delete

Terima kasih untuk ilmu yang bermanfaat . Nice sharing :)

Reply
avatar