Isnin, Disember 21, 2015

Bapa Cari Pakaian Sekolah Bundle Jadi Viral!



Kos sara hidup zaman sekarang ni memang agak tinggi. Segala-galanya naik. Kos itu naik. Harga ini naik. Yang kekal sama adalah gaji. Mungkin tempias daripada itu memaksa seorang bapa mencari pakaian sekolah bundle. Tak salah, tapi agak kasihan juga rasa membacanya. Perbualan menerusi aplikasi Whatsapp yang berkisarkan tentang pencarian pakaian seragam sekolah bundle itu tersebar luas di laman sosial.


Malah, salah satu komen daripada Netizen menyatakan bahawa harga baju sekolah lebih mahal daripada kemeja yang dipakainya untuk pergi ke kerja.

Kalau anak seorang dua mungkin tak ada masalah. Tapi kalau anak dah lebih 5 orang dengan gaji pula cukup-cukup makan, memang payah juga jadinya. 


Apa pendapat anda tentang isu ini?

2 Komentar

Write Komentar
21/12/15 1:48 PTG delete

ooomak!! mahainye baju sekolah budak!!!!!

Reply
avatar
Mila Hilas
AUTHOR
21/12/15 3:08 PTG delete

org yg ank blm bsekolah pn pning, ni kn yg ank dh sekolah...skt kpala zmn skrg..

Reply
avatar