Rabu, Disember 02, 2015

Ayda Jebat Nak Nangis Akaun Instagram Kena Godam!


Pelakon dan penyanyi hangat masa kini, Ayda Jebat menjadi mangsa terkini dalam kalangan selebriti yang digodam akaun Instagramnya! Ikuti luahan rasa Ayda Jebat.


“Saya rasa sangat sedih kerana akaun Instagram saya digodam. Rasa macam nak nangis. Saya memang aktif menggunakan Instagram sebagai medium untuk berhubung dengan peminat-peminat saya”

“Saya juga selalu berbalas-balas komen di laman Instagram dan mengemaskini aktiviti harian saya bersama peminat. Apabila perkara ini terjadi, saya rasa sangat terkilan,” jelas Ayda kepada portal Murai