Khamis, Disember 24, 2015

Aksi Manja Memey Suhaiza Dalam Kereta Bikin Netizen Gelar Norman Hakim Suami Paling Romantik!


Jika kita tengok dalam industri hiburan, pasangan suami isteri yang berstatus selebriti sering mendapat perhatian umum, khususnya berkisarkan perhubungan mereka dalam alam rumah tangga. Ada pasangan selebriti yang tidak gemar show off tentang kehidupan mereka. Ada pula yang tidak kisah berkongsi kebahagiaan yang dikecapi, umpamanya pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza.


Beberapa minggu lalu, video Norman Hakim yang mengenakan Memey Suhaiza, dengan kata-kata "Yang bangun Yang, Polis mai tu!" mengundang perhatian ramai. Netizen yang melihat video pendek berkenaan, rata-rata memuji pasangan ini, agak romantik. Tidak kurang juga yang menulis mencemburui keakraban hubungan pasangan suami isteri itu.



Semalam, sekali lagi aktor berbadan sasa itu memuat naik video isterinya tidur di atas riba ketika memandu. "Nampak sweet!" Itu, komen netizen. Malah, ada yang tag pasangan masing-masing dan meminta untuk membuat perkara yang serupa! 


Bagi Muz, kalau diambil dari sudut positif, bagus juga perkongsian begini boleh memberikan idea kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk sentiasa menyuburkan bunga-bunga cinta dalam ikatan perkahwinan yang dimeterai. Tak adalah lepas kahwin lama sedikit, semuanya jadi sendu dan layu sahaja kan?


Cuma, kalau bercerita bab keselamatan, mungkin kena berhati-hati, kang kena tahan dengan Polis Trafik atau JPJ, niaya ja duit melayang kan? Lagi satu lebih berharga daripada duit, ialah keselamatan diri sendiri dan insan tersayang!

Bagi anda yang sudah melihat video ini atau baru sahaja menontonnya, apa pandangan anda?