Isnin, Disember 21, 2015

Adira Mengaku Isteri Kedua Lelaki Title Datuk Sejak Dua Minggu Lalu


Penyanyi Siti Adira Suhaimi, 24, atau Adira mengakui menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu sejak dua minggu lalu.

Menurut Adira, dia tidak berniat untuk menyembunyikan perkara tersebut tetapi demi menjaga hati banyak pihak, penyanyi lagu Ilusi itu mengambil keputusan mendiamkan diri.


"Saya tidak berniat untuk membelakangkan peminat yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni saya.

"Tetapi atas beberapa sebab tertentu, saya mengambil keputusan mendiamkan diri demi menjaga hati banyak pihak," kata Adira ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi. - Kosmo!